Tuesday, June 26, 2007

Tip Jadi Cepat Kaya ~ Irfan Khairi (Jutawan Internet)

1. Perlu mempunyai daya fokus yang tinggi. Tetapkan matlamat kita untuk menjadi kaya, dan tetapkan jangka masa sasaran. Kemudian, berusaha dan beri tumpuan untuk mencapainya tanpa menghiraukan perkara lain yang boleh menganggu dan melambatkan usaha kita.

2. Masa memainkan peranan penting sekiranya ingin cepat kaya. Uruskan masa dengan sebaik mungkin. Lakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Kebiasaan manusia kerja 5 hingga 7 jam sehari, anda perlu kerja 12 hingga 14 jam setiap hari. Dengan melakukan ini, anda dapat mencapai matlamat 2 kali ganda lebih cepat daripada majoriti manusia.

3. Berjimat bila berbelanja. Wang yang diterima jangan pula dibelanja sesuka hati oleh kerana kekayaan bukan bermakna berapa banyak kita peroleh, tetapi ia bermaksud berapa banyak kita simpan. Jauhkan dari skim cepat kaya, pelaburan internet yang hanya akan membazirkan wang anda saja.

4. Aliran pendapatan berganda. Fokus pada matlamat. Sekiranya matlamat menjadi kaya, cara menjadi kaya boleh dipelbagaikan. Mulakan perniagaan kerana sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan. Kalau kerja sepenuh masa di pejabat, mulakan perniagaan sambilan. Kemudian, melabur juga wang kita (bukan pelaburan internet) untuk mendapatkan aliran pendapatan berganda. Dalam masa yang sama, pelbagaikan peluang perniagaan dan pelaburan. Ini akan gandakan pendapatan.

5. Aturkan strategi. Kejayaan kewangan bukanlah nasib. Susun strategi simpanan, pelaburan. Aturkan strategi perniagaan. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat itu? Ilmu apa yang patut ditambah untuk menjadi kaya? Siapa perlu kita dampingi untuk memudahkan kita mencapai kejayaan? Sekiranya langkah tidak menjadi, apakah pelan B yang boleh dilaksanakan?

6. Menjadi cepat kaya, bukanlah nasib (selain menang loteri). Duduk dan drafkan perancangan seperti jurubina memerlukan pelan untuk membina bangunan yang megah, anda juga perlu pelan untuk mencapai kebebasan kewangan. Untuk kaya cepat, pelan lebih mantap dan sempurna perlu dilakukan.

Harap tips ini dapat memberikan motivasi kepada kita semua untuk mencapai kejayaan.

2 comments:

Anonymous said...

Yes, betul la,
kalau kita asyik cara sama dan tak fokus, sampai bilapun tak kaya.
Kita kena smart berurusan dan smart menggunakan masa, jadi lepas tu kita kontrol masa bukan lagi masa kontrol kita, apa kata kita tengok idea ini http:/www.jutawanautomatik.com/recommends/alphaniaga

Dan sila bagi komen kepada saya

poji said...

tak kaya pun tak pa yg penting kita tak bermasalah bila nak kan sesuatu
untuk itu memperkenalkan saya tak kan kaya sebab bg yg percuma ja....
http://www.panduanhosting.net/malware