Monday, June 11, 2007

Antara Dua Pekerjaan

By Ibnu Hassim

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Bagaimana anda hari? Sihatkah? Bagaimana pula dengan kedudukan kewangan anda bulan ini? Lebih? Kurang? atau ngam-ngam?

Adakah anda berpuas hati dengan pekerjaan yang sedang anda lakukan? Adakah gajinya cukup?

Adakah anda minat dengan kerja yang anda lakukan? Adakah anda tak kisah dengan gaji atau pendapatan yang anda perolehi kerana anda sangat berminat dengan kerja yang anda lakukan.
Cukup-cukup… Dah terlalu banyak soalan yang dikemukakan.

Apa maksud anda, Ibnu Hassim?

Jangan marah.. tenang-tenang, tarik nafas dulu, saya tidak bermaksud untuk mengambil tahu berapa gaji anda dan saya juga tidak bermaksud untuk memeningkan kepala anda.
Tidak semua orang bernasib baik di dunia ini. Memiliki pekerjaan yang disukainya dan pekerjaan itu memberikan hasil yang lumayan kepadanya.

Biasanya kita akan menghadapi dilema untuk memilih antara dua pekerjaan, pekerjaan yang memberikan gaji yang lumayan dan anda tidak minat atau pekerjaan yang anda minat tetapi tidak memberikan gaji yang lumayan.

Tentu ramai kaum lelaki yang akan memilih gaji yang lumayan berbanding kerja yang diminati kerana tanggungjawab memerlukan wang. Manakala bagi kaum hawa yang sudah berkahwin pula, tentu ramai yang akan memilih pekerjaan yang mereka minati kerana mereka tidak perlu memikir tentang wang kerana sudah berkahwin.

Tetapi bagaimana untuk memilih pekerjaan yang kita minati dan pada masa yang sama kita hendak juga membuat pekerjaan yang memberikan kita gaji yang lumayan. Contohnya sebagai guru adalah mustahil untuk saya meralisasikan impian saya menjadi pekerja jutawan. Tetapi saya amat meminati kerjaya ini walaupun saya masih belum berpeluang memberi komitmen yang tinggi kepada proses pengajaran dan pembelajaran lantaran terlalu sibuk dengan aktiviti luar ( Insyaallah semester 2 nanti saya dapat memberi komitmen yang lebih tinggi).

Atau bagaimana kita boleh memilih untuk melakukan kerja yang memberi kita gaji yang lumayan dan pada masa yang sama kita mahu juga melakukakan kerja yang kita minta?
Tiada lain jawapannya, kita perlu mencari masa untuk melakukan kerja yang kita minat atau kerja yang membolehkan kita mampu memberikan kita gaji yang lumayan.
Jika sekarang kita mempunyai kerja yang memberikan kita gaji yang lumayan, kita perlu mencari masa untuk membuat kerja yang kita minat.

Dan jika, sekarang kita mempunyai kerja yang kita minat tetapi tidak memberi gaji yang lumayan kita perlu mencari masa untuk membuat kerja yang kita minat.
Bak kata perpatah, kerja siang mencari nafkah, kerja malam memenuh Impian.

p.s: Walau apa pun yang anda lakukan, jangan lupa kewajipan kepada kerja tetap yang anda pilih, You Choose It, You Must Make It

No comments: