Tuesday, May 29, 2007

Cerita seorang jutawan tersembunyi

Saya baru sahaja menghabiskan membaca majalah Malaysian Business bulan Januari ( agak lewat juga menghabiskannya ;). Muka depan majalah tersebut membuatkan saya teruja untuk membelinya (people& company to watch 2006 ). Muka depan mengandungi gambar ketua-ketua pegawai ekskutif dan tokoh-tokoh korporat terkenal di Malaysia. Mereka pastinya bergelar jutawan layak dengan status jawatan yang dipegang dan syarikat yang dikuasai mereka.
Selepas membelek-belek majalah tersebut, saya menyimpulkan bahawa mereka adalah jutawan yang sedia dikenali masyarakat dan nama-nama mereka sudah agak biasa didengar dalam dunia korporat. Hampir semuanya berpangkat Dato’, Dato’ Seri, atau Tan Sri. Bagus bagi kita untuk menjadikan mereka idola untuk berjaya.
Begitupun, dalam pemikiran saya, sebenarnya terdapat ramai rakyat Malaysia juga yang bergelar jutawan cumanya mereka tidak dikenali ramai dan diantara mereka sendiri tidak mahu dikenali. Mereka inilah jutawan tersembunyi. Saya akan menyingkap bagaimana jutawan tersembunyi ini mengendalikan kehidupan mereka tanpa glamor seperti jutawan-jutawan lain yang sedia dikenali.
Saya akan bercerita berdasarkan pengalaman saya melihat bapa saya yang mempunyai beberapa kenalan yang bolehlah dianggap jutawan yang terlindung dari pandangan umum. Mereka jika dilihat seolah-olah sama seperti rakyat kebanyakan tetapi sebaliknya mereka mempunyai harta bernilai jutaan ringgit, bukan kerana harta hasil warisan keluarga tetapi harta melalui usaha mereka sendiri.
Baiklah, rata-rata orang Malaysia selalu menyimpulkan seorang jutawan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:1) Rumah besar, mempunyai kolam renang.2) Kereta-kereta mewah seperti Mercedec Benz, BMW dan sbgnya.3) Bermain golf.4) Selalu melancong ke luar negara.5) Menjadi ahli kelab-kelab ekslusif.6)Berkahwin lebih dari satu (mungkinkah?? hehe)
Inilah definisi jutawan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sememangnya terjadi kerana saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang biasa meragui kekayaan seseorang tersebut yang saya ketahui kekayaannya “Ya ke die kaya, apsal pakai kereta proton je”, “Ya ke die kaya, kenapa pakai baju murah je”.
Sebenarnya, bukan semua jutawan harus berlagak seperti dalam drama-drama tv. Mereka juga memerlukan privasi seperti orang lain. Tidak mahu dikenali ramai kerana bagi mereka ianya banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Jujur saya katakan, ada rakan ayah saya walaupun mempunyai kekayaan dianggarkan bernilai belasan juta, beliau masih berkain pelikat memakai selipar jepun mengunjungi kedai kopi pada waktu pagi. Beliau memang dikenali oleh orang terdekat sebagai seorang jutawan tetapi kerana gaya hidupnya yang bersederhana, ramai yang selesa mendampinginya dan beliau tidak akan lupa menderma jika ada kesempatan. Beliau juga tidak sukakan publisiti, dan beliau hanya memandu kereta nasional jika ke mana-mana.
Jika saya sudah tentu hendak merasa memandu Jaguar, Ferari, BMW dari mamandu kereta nasional? Begitu juga anda bukan? Haha. Tapi itulah kisah jutawan tersembunyi. Mereka juga tahu menguruskan kekayaan mereka dengan bijaksana.
Saya pernah bertanyakan kepada rakan ayah saya “Pakcik kenapa tak beli S-Class, kalau saya macam pak cik, bukan sahaja S-Class, C-Class dan macam-macam Class lagi saya nak beli”. Untuk pengetahuan, saya selalu dibawa bapa saya kepada apa-apa program perniagaannya. Jadi, kadang-kadang saya kenal sesetengah rakannya walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Bapa saya mencelah “Orang muda banyak membazirkan duit dengan bende-bende tak berfaedah dan bende yang turun nilai. Bukan apa, ambil la contohnya, kereta yang dimake up-make up. Sampai make up Kancil pun nampak nak lawan Ferrari. Ntuk apa? Passion? Pakai setahun dua aje, nanti lama-lama boring tukar yang lain pulak. Bukan tu saja, lama-lama harga kereta pun akan turun, so beli bende-bende macam tu langsung tk memberikan nilai. Yang kaya bukan tukang pemilik kereta, tauke kedai-kedai aksesori jugak.
Yang pemilik kereta dahla duit bulanan kereta tak abis bayar lagi, lepas 2,3 tahun mulalah nak jual kereta. Lepas tu timbul masalah, siapa nak beli kereta mereka yang pelik-pelik. Orang biasa takkan beli (orang berkeluarga tkkan beli kereta ekzos macam telinga gajah), dan nk suruh orang yang sama golongan dengan mereka beli? Sure diorang tkkan beli kerana diorang pasti ade taste yg berlainan terhadap make up kereta”.
Saya tersengih diam. Betul juga apa yang dikatakan. Saya kagum dengan kebanyakan jutawan tersembunyi sebegini. Mereka bijak menggunakan wang mereka dan hidup mereka tidak dibebani hutang piutang seperti sesetengah orang. Bagi saya, tidak ada salahnya hidup mewah jika mampu tetapi biar berpada. Saya suka dengar nasihat yang diberikan rakan ayah saya ini.
” Kalau kaya pun biar berpada hidup kita. Tak salah nak pakai S-Class ke, make up kereta ke, tapi fokus utama jika membeli sesuatu harta, utamakan yang memberi nilai tambah kepada kita untuk masa-masa hadapan, bukan yang turun nilainya. Contoh terbaik adalah membeli hartanah. Kerana kita tak tau apa akan jadi pada masa depan. Hari ini mungkin kita boleh memandu S-Class, mana tahu esok lusa kita hanya mengayuh basikal. Jadi, seelok-eloknya, belanjakan wang ke arah pelaburan bukan ke arah kesoronokan semata-mata”.
Cerita ini dipetik dari sahabat web saya, saifulsham.com

No comments: