Tuesday, March 20, 2012

Jutawan ‘Low Profile’ dan Pemilik Karangkraf

kisah Datuk Husammuddin Yaacob…jutawan ‘low profile’ dan pemilik Karangkraf

malam tadi aku melihat dalam siaran berita mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kumpulan Karangkraf sekaligus merasmikan akhbar Sinar Harian edisi Nasional terbitan kumpulan berkenaan

ia sekali gus mengimbau kenangan kira-kira dua tahun dulu sewaktu aku bertugas di akhbar berkenaan, ketika itu Sinar Harian baru ‘menapak’ ke Selangor

semasa di Sinar Harian, aku memegang jawatan Penyunting Kanan sekaligus mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas

dalam entry ini, aku nak cerita mengenai ketabahan bos yang juga pemilik Karangkraf itu sendiri iaitu Datuk Husammuddin Yaacob

walaupun telah lama bergelar jutawan, namun beliau cukup ‘low profile’, bahkan aku tak terkejut pun kalau korang tak kenal atau tak pernah melihat wajah Husammuddin

dalam erti kata lain, kalau Barat berbangga dengan jutawan media bernama Rupert Murdoch, kita seharusnya berbangga kerana memiliki Husammuddin

bapanya Allahyarham Haji Yaacob Idris asalnya mengusahakan kedai kecil ‘Toko Buku Yaacob Idris’ di Kota Bharu, Kelantan

namun pada tahun 1978, bersama-sama saudara-saudaranya, Haji Fickri Haji Yaacob dan Muhd. Nasir Haji Hamzah, mereka telah menubuhkan syarikat Karangkraf dengan sebuah rumah sewa di SS 2, Petaling Jaya dijadikan pejabat operasi sekaligus kediaman mereka.

dari sebuah rumah sewa, Kumpulan Karangkraf memperkukuhkan operasi dengan memiliki bangunan 3 blok, 3 tingkat di No. 50 & 52, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, sebagai premis perniagaan

namun begitu, sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berdaya maju, suatu ‘lompong’ yang perlu dilengkapi ialah urusan pencetakan. Syarikat berasa sudah tiba masanya memiliki syarikat pencetakan sendiri, sekaligus tidak bergantung harap dengan syarikat pencetakan lain untuk mengeluarkan majalah-majalah terbitannya.

maka dari situ Husammuddin yang lebih mesra dipanggil ‘ Haji’ menubuhkan pula Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB), yang mampu mencetak sehingga 2 juta naskhah majalah setiap bulan

untuk pengetahuan korang, kilang cetaknya itu pernah musnah dalam kebakaran dan banyak bank masa tu ‘reject’ permohonan untuk beliau mendapatkan pinjaman kerana tak yakin dengan kemampuannya

dengan wang simpanan serta bantuan keluarga, beliau berjaya mendirikan semula kilangnya dan dia tidak lagi berpaling

kemudian Husammuddin menubuhkan pula Alaf21 pada April 1997 dan Buku Prima Sdn Bhd pada 2006 bagi memberi ruang kepada penulis dan masyarakat pembaca untuk berkongsi ilmu

sehingga kini, aku rasa Karangkraf dah menerbitkan tidak kurang dari 30 buah majalah dengan kakitangan hampir 1,500 orang di seluruh negara

terbaru, Husammuddin buat ‘gila’ apabila menerbitkan pula akhbar Sinar Harian

untuk pengetahuan korang, bagi memastikan wartawan beliau di setiap daerah menjalankan tugas dengan baik, setiap seorang daripada mereka diberi sebuah kereta Kancil, kamera dan PDA

ini tak pernah berlaku dalam mana-mana syarikat akhbar di negara ini!

aku tak tahu apa pula beliau nak buat selepas ini, tetapi sebagai anak Melayu, aku cukup berbangga dengan kejayaan beliau

pengalaman yang tak dapat aku lupa dengan Husammuddin adalah apabila kali pertama aku bertemu dengannya di Karangkraf

ketika itu dia memandu Mercedez Brabus Sport SLK

kata Husamuddin;

” Saya ni pendek dan kecil orangnya, dulu nak ngorat awek pun tak siapa nak kat saya. Tetapi benda inilah yang memberi motivasi kepada saya untuk sampai ke peringkat sekarang. Rasanya kalau saya cepat, Siti Nurhaliza tu dah lama dah dapat kat saya,” katanya sambil ketawa

walaupun cuma berseloroh, tetapi aku tahu dia cuba nak beritahu aku tiada yang mustahil dalam dunia kalau kita bersungguh-sungguh

biarpun jodoh aku dengan Sinar Harian dan Karangkraf ni sekejap aja, tetapi aku mungkin tak dapat lupa lelaki pendek separuh abad yang pernah berbual dengan aku dulu

dan dialah, the one and only, Husammuddin Yaacob.

Cerita ini ditulis oleh Syahril A. Kadir.. TQ..

No comments: