Thursday, May 31, 2007

Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Anda

(Bah. 2-Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari)

Wed, 16 May 2007

Ikutilah beberapa kisah menarik para usahawan jutawan yang berjaya.

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.

Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

(Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)

...bersambung:.. Daripada, Pengurus Ideal Enterprise

Tuesday, May 29, 2007

Cerita seorang jutawan tersembunyi

Saya baru sahaja menghabiskan membaca majalah Malaysian Business bulan Januari ( agak lewat juga menghabiskannya ;). Muka depan majalah tersebut membuatkan saya teruja untuk membelinya (people& company to watch 2006 ). Muka depan mengandungi gambar ketua-ketua pegawai ekskutif dan tokoh-tokoh korporat terkenal di Malaysia. Mereka pastinya bergelar jutawan layak dengan status jawatan yang dipegang dan syarikat yang dikuasai mereka.
Selepas membelek-belek majalah tersebut, saya menyimpulkan bahawa mereka adalah jutawan yang sedia dikenali masyarakat dan nama-nama mereka sudah agak biasa didengar dalam dunia korporat. Hampir semuanya berpangkat Dato’, Dato’ Seri, atau Tan Sri. Bagus bagi kita untuk menjadikan mereka idola untuk berjaya.
Begitupun, dalam pemikiran saya, sebenarnya terdapat ramai rakyat Malaysia juga yang bergelar jutawan cumanya mereka tidak dikenali ramai dan diantara mereka sendiri tidak mahu dikenali. Mereka inilah jutawan tersembunyi. Saya akan menyingkap bagaimana jutawan tersembunyi ini mengendalikan kehidupan mereka tanpa glamor seperti jutawan-jutawan lain yang sedia dikenali.
Saya akan bercerita berdasarkan pengalaman saya melihat bapa saya yang mempunyai beberapa kenalan yang bolehlah dianggap jutawan yang terlindung dari pandangan umum. Mereka jika dilihat seolah-olah sama seperti rakyat kebanyakan tetapi sebaliknya mereka mempunyai harta bernilai jutaan ringgit, bukan kerana harta hasil warisan keluarga tetapi harta melalui usaha mereka sendiri.
Baiklah, rata-rata orang Malaysia selalu menyimpulkan seorang jutawan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:1) Rumah besar, mempunyai kolam renang.2) Kereta-kereta mewah seperti Mercedec Benz, BMW dan sbgnya.3) Bermain golf.4) Selalu melancong ke luar negara.5) Menjadi ahli kelab-kelab ekslusif.6)Berkahwin lebih dari satu (mungkinkah?? hehe)
Inilah definisi jutawan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sememangnya terjadi kerana saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang biasa meragui kekayaan seseorang tersebut yang saya ketahui kekayaannya “Ya ke die kaya, apsal pakai kereta proton je”, “Ya ke die kaya, kenapa pakai baju murah je”.
Sebenarnya, bukan semua jutawan harus berlagak seperti dalam drama-drama tv. Mereka juga memerlukan privasi seperti orang lain. Tidak mahu dikenali ramai kerana bagi mereka ianya banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Jujur saya katakan, ada rakan ayah saya walaupun mempunyai kekayaan dianggarkan bernilai belasan juta, beliau masih berkain pelikat memakai selipar jepun mengunjungi kedai kopi pada waktu pagi. Beliau memang dikenali oleh orang terdekat sebagai seorang jutawan tetapi kerana gaya hidupnya yang bersederhana, ramai yang selesa mendampinginya dan beliau tidak akan lupa menderma jika ada kesempatan. Beliau juga tidak sukakan publisiti, dan beliau hanya memandu kereta nasional jika ke mana-mana.
Jika saya sudah tentu hendak merasa memandu Jaguar, Ferari, BMW dari mamandu kereta nasional? Begitu juga anda bukan? Haha. Tapi itulah kisah jutawan tersembunyi. Mereka juga tahu menguruskan kekayaan mereka dengan bijaksana.
Saya pernah bertanyakan kepada rakan ayah saya “Pakcik kenapa tak beli S-Class, kalau saya macam pak cik, bukan sahaja S-Class, C-Class dan macam-macam Class lagi saya nak beli”. Untuk pengetahuan, saya selalu dibawa bapa saya kepada apa-apa program perniagaannya. Jadi, kadang-kadang saya kenal sesetengah rakannya walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Bapa saya mencelah “Orang muda banyak membazirkan duit dengan bende-bende tak berfaedah dan bende yang turun nilai. Bukan apa, ambil la contohnya, kereta yang dimake up-make up. Sampai make up Kancil pun nampak nak lawan Ferrari. Ntuk apa? Passion? Pakai setahun dua aje, nanti lama-lama boring tukar yang lain pulak. Bukan tu saja, lama-lama harga kereta pun akan turun, so beli bende-bende macam tu langsung tk memberikan nilai. Yang kaya bukan tukang pemilik kereta, tauke kedai-kedai aksesori jugak.
Yang pemilik kereta dahla duit bulanan kereta tak abis bayar lagi, lepas 2,3 tahun mulalah nak jual kereta. Lepas tu timbul masalah, siapa nak beli kereta mereka yang pelik-pelik. Orang biasa takkan beli (orang berkeluarga tkkan beli kereta ekzos macam telinga gajah), dan nk suruh orang yang sama golongan dengan mereka beli? Sure diorang tkkan beli kerana diorang pasti ade taste yg berlainan terhadap make up kereta”.
Saya tersengih diam. Betul juga apa yang dikatakan. Saya kagum dengan kebanyakan jutawan tersembunyi sebegini. Mereka bijak menggunakan wang mereka dan hidup mereka tidak dibebani hutang piutang seperti sesetengah orang. Bagi saya, tidak ada salahnya hidup mewah jika mampu tetapi biar berpada. Saya suka dengar nasihat yang diberikan rakan ayah saya ini.
” Kalau kaya pun biar berpada hidup kita. Tak salah nak pakai S-Class ke, make up kereta ke, tapi fokus utama jika membeli sesuatu harta, utamakan yang memberi nilai tambah kepada kita untuk masa-masa hadapan, bukan yang turun nilainya. Contoh terbaik adalah membeli hartanah. Kerana kita tak tau apa akan jadi pada masa depan. Hari ini mungkin kita boleh memandu S-Class, mana tahu esok lusa kita hanya mengayuh basikal. Jadi, seelok-eloknya, belanjakan wang ke arah pelaburan bukan ke arah kesoronokan semata-mata”.
Cerita ini dipetik dari sahabat web saya, saifulsham.com

Monday, May 28, 2007

Gabungan kekayaan 40 usahawan negara RM145b

Robert Kuok dahului senarai dengan harta bernilai RM25.7bKEKAYAAN 40 ahli perniagaan Malaysia paling kaya secara gabungan kini bernilai AS$43 bilion (kira-kira RM145 bilion), meningkat 65 peratus daripada AS$26 bilion (kira-kira RM88 bilion) tahun lalu, demikian mengikut senarai individu terkaya Malaysia 2007 majalah Forbes Asia.
Lapan ahli perniagaan yang baru disenaraikan tahun ini termasuk Datuk Mokhzani Mahathir dengan kekayaan bernilai AS$220 juta (kira-kira RM744 juta).Jutawan hartanah, Ong Beng Seng yang tinggal di Singapura dan yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula Satu ke republik itu, bukan saja berjaya menyertai senarai berkenaan, malah adalah pendatang baru paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$580 juta (kira-kira RM1.96 bilion).Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai individu paling kaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$7.6 bilion (kira-kira RM25.7 bilion), meningkat daripada AS$5.6 bilion (kira-kira RM19 bilion) tahun lalu.Kumpulan syarikatnya, Kuok Group, mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan daripada perkapalan, hartanah hinggalah kepada media.Kumpulan itu akan menggabungkan kepentingannya yang besar dalam sektor minyak sawit di Malaysia dan Indonesia dengan Wilmar International, Singapura yang dikendalikan anak saudaranya, kata majalah itu.Senarai Individu Paling Kaya Malaysia itu disiarkan dalam majalah Forbes Asia terbitan 4 Jun.Mokhzani menduduki tempat ke-28 senarai itu manakala Ong di tempat ke-12.Individu kedua paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$7.4 bilion (kira-kira RM25 bilion) atau 61 peratus lebih tinggi daripada kekayaannya bernilai AS$4.6 bilion (kira-kira RM15.5 bilion) tahun lalu, ialah Ananda Krishnan, yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menjadikan syarikat telekomunikasinya, Maxis Communications Bhd, milik persendirian melalui urus niaga bernilai AS$5 bilion.Beliau diikuti Tan Sri Lim Goh Tong, dengan kekayaan AS$4.3 bilion (kira-kira RM14.5 bilion), meningkat daripada AS$1.5 bilion (kira-kira RM5 bilion) tahun lalu.Tan Sri Lee Shin Cheng pula di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$3.9 bilion atau kira-kira RM13 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow di tempat kelima (AS$3.5 bilion atau kira-kira RM11.8 bilion) dan Tan Sri Quek Leng Chan di tempat keenam (AS$3 bilion atau kira-kira RM10 bilion).Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan kekayaan bernilai AS$2 bilion atau kira-kira RM6.8 bilion berada di tempat ketujuh; Tan Sri Yeoh Tiong Lay di tempat kelapan (AS$1.8 bilion atau kira-kira RM6 bilion); Tan Sri Tiong Hiew King di tempat kesembilan (AS$1.2 bilion atau RM4.1 bilion) dan Tan Sri William Cheng Heng Jem di tempat ke-10 (AS$650 juta atau kira-kira RM2.2 bilion).Mengikut majalah itu, 10 individu paling kaya Malaysia itu menguasai 80 peratus gabungan nilai kekayaan 40 ahli perniagaan dalam senarai berkenaan.“Ada lapan pendatang baru, kebanyakannya berjaya berikutan tawaran atau keuntungan yang diraih dalam pegangan syarikat awam, baru-baru ini.“Mokhzani menyertai senarai orang paling kaya ini selepas menjadikan syarikat tenaganya, Kencana Petroleum Bhd, syarikat senaraian awam pada Disember lalu,” kata majalah itu.Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-25 dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$228 juta (kira-kira RM778 juta), menjadi wanita kedua dalam senarai berkenaan selepas Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tempat ke-18 dengan AS$320 juta (kira-kira RM1.08 bilion).Mengikut majalah itu, kekayaan yang diraih itu dirangsang oleh pertumbuhan pesat ekonomi, berikutan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan termasuk mengurangkan cukai dan pasaran saham yang kukuh, dengan peningkatan lebih 20 peratus setakat ini.Pasaran saham tempatan juga adalah yang ketiga terbaik prestasinya di Asia tahun ini selepas China dan Vietnam.Dalam terbitan 4 Jun itu, majalah terbabit juga menyiarkan rencana mengenai Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes yang menduduki tempat ke-24 dalam senarai itu dengan kekayaannya yang bernilai AS$230 juta (kira-kira RM785 juta).

Petikan Dari Berita Harian Tarikh 25hb Mei 2007

Sunday, May 27, 2007

Kisah Jutawan Muda

KOSMO!Kisah Jutawan Muda

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan.

MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .

Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.

Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.

‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’Katanya.

Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .

Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.

Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.

‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.

Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.

‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV . Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.

‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik. Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.

Infomasi ini saya dapat dari laman web : http://rahsiainternet.com/media/kosmo.htm

Friday, May 25, 2007

Senarai 10 rakyat Malaysia paling kaya

Senarai 10 rakyat Malaysia paling kaya-

  1. TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN (AS$7.6 bilion)

  2. ANANDA KRISHNAN (AS$7.4 bilion)

  3. TAN SRI LIM GOH TONG (AS$4.3 bilion)

  4. TAN SRI LEE SHIN CHENG (AS$3.9 bilion)

  5. TAN SRI TEH HONG PIOW (AS$3.5 bilion)

  6. TAN SRI QUEK LENG CHAN (AS$3 bilion)

  7. TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (AS$2 bilion)

  8. TAN SRI YEOH TIONG LAY (AS$1.8 bilion)

  9. TAN SRI TIONG HIEW KING (AS$1.2 bilion)

  10. TAN SRI WILLIAM CHENG HENG JEM (AS$650 juta)

Petikan Dari Harian Metro Tarikh 25hb Mei 2007

Lagi Kisah Jutawan malaysia

EMPAT puluh ahli perniagaan terkaya di Malaysia kini mempunyai kekayaan tergabung bernilai AS$43 bilion (AS$1 bersamaan RM3.38), meningkat 65 peratus daripada AS$26 bilion pada tahun lalu, demikian menurut penyenaraian orang terkaya Malaysia 2007 oleh Forbes Asia.

Lapan pendatang baru yang disenaraikan termasuk Datuk Mokhzani Mahathir dengan kekayaan bernilai AS$220 juta. Jutawan harta, Ong Beng Seng, yang tinggal di Singapura dan orang yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula One ke republik itu, bukan saja berjaya menyertai senarai itu, malah menjadi pendatang baru terkaya dengan kekayaan bernilai AS$580 juta.

“Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$7.6 bilion, meningkat daripada AS$5.6 bilion tahun lalu,” kata Forbes. Kumpulan syarikatnya, Kuok Group, mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang dari perkapalan, hartanah hingga kepada media. “Ia akan menggabungkan kepentingannya yang besar dalam sektor minyak sawit di Malaysia dan Indonesia dengan Wilmar International, Singapura yang dikendalikan anak saudaranya,” kata majalah itu. Senarai orang terkaya Malaysia itu disiarkan dalam majalah Forbes Asia terbitan 4 Jun yang boleh didapati di pasaran minggu ini.

Mokhzani menduduki tempat ke-28 dalam senarai itu manakala Ong di tempat ke-12. Menduduki senarai kedua terkaya dengan kekayaan bernilai AS$7.4 bilion atau 61 peratus lebih tinggi daripada kekayaannya bernilai AS$4.6 bilion tahun lalu ialah Ananda Krishnan yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menjadikan syarikat telekomunikasinya, Maxis Communications Bhd, milik persendirian melalui urus niaga bernilai AS$5 bilion. Beliau diikuti tokoh kasino Genting, Tan Sri Lim Goh Tong, dengan kekayaan AS$4.3 bilion, meningkat daripada AS$1.5 bilion tahun lalu. Forbes berkata, 10 orang terkaya Malaysia menguasai 80 peratus kekayaan yang dipaparkan dalam senarai itu dengan nilai kekayaan kolektif AS$35 bilion, meningkat 63 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ada lapan pendatang baru, kebanyakannya berjaya ekoran tawaran atau keuntungan yang diraih dalam pegangan awam baru-baru ini.“Mokhzani menyertai senarai orang terkaya ini selepas menjadikan syarikat tenaganya, Kencana, syarikat senaraian awam Disember lalu,” katanya. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah menduduki tempat ke-25 dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$228 juta dan menjadi wanita kedua dalam senarai berkenaan selepas Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tempat ke-18 dengan kekayaan bernilai AS$320 juta.

Forbes berkata, kekayaan yang dicipta itu dirangsang ekonomi yang berkembang pesat berikutan langkah kerajaan kebelakangan ini termasuk mengurangkan cukai dan pasaran saham yang kukuh, dengan peningkatan lebih 20 peratus setakat ini dan pasaran ketiga terbaik prestasinya di Asia tahun ini selepas China dan Vietnam. Dalam terbitan 4 Jun itu, majalah berkenaan turut menyiarkan rencana mengenai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes yang menduduki tempat ke-24 dalam senarai itu dengan kekayaannya bernilai AS$230 juta. — Bernama


Petikan Dari Harian Metro Tarikh 25hb Mei 2007

Kisah Jutawan Malaysia

Sama-sama kita kongsi pengalaman yang saya e-mel dapat dari sahabat saya ini.... IDEAL ENTERPRISE.

Untuk panduan kawan-kawan semua..

Ikutilah beberapa kisah menarik para usahawan jutawan yang berjaya.


Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.


(Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)

...bersambung:..