Monday, May 28, 2007

Gabungan kekayaan 40 usahawan negara RM145b

Robert Kuok dahului senarai dengan harta bernilai RM25.7bKEKAYAAN 40 ahli perniagaan Malaysia paling kaya secara gabungan kini bernilai AS$43 bilion (kira-kira RM145 bilion), meningkat 65 peratus daripada AS$26 bilion (kira-kira RM88 bilion) tahun lalu, demikian mengikut senarai individu terkaya Malaysia 2007 majalah Forbes Asia.
Lapan ahli perniagaan yang baru disenaraikan tahun ini termasuk Datuk Mokhzani Mahathir dengan kekayaan bernilai AS$220 juta (kira-kira RM744 juta).Jutawan hartanah, Ong Beng Seng yang tinggal di Singapura dan yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula Satu ke republik itu, bukan saja berjaya menyertai senarai berkenaan, malah adalah pendatang baru paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$580 juta (kira-kira RM1.96 bilion).Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai individu paling kaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$7.6 bilion (kira-kira RM25.7 bilion), meningkat daripada AS$5.6 bilion (kira-kira RM19 bilion) tahun lalu.Kumpulan syarikatnya, Kuok Group, mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan daripada perkapalan, hartanah hinggalah kepada media.Kumpulan itu akan menggabungkan kepentingannya yang besar dalam sektor minyak sawit di Malaysia dan Indonesia dengan Wilmar International, Singapura yang dikendalikan anak saudaranya, kata majalah itu.Senarai Individu Paling Kaya Malaysia itu disiarkan dalam majalah Forbes Asia terbitan 4 Jun.Mokhzani menduduki tempat ke-28 senarai itu manakala Ong di tempat ke-12.Individu kedua paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$7.4 bilion (kira-kira RM25 bilion) atau 61 peratus lebih tinggi daripada kekayaannya bernilai AS$4.6 bilion (kira-kira RM15.5 bilion) tahun lalu, ialah Ananda Krishnan, yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menjadikan syarikat telekomunikasinya, Maxis Communications Bhd, milik persendirian melalui urus niaga bernilai AS$5 bilion.Beliau diikuti Tan Sri Lim Goh Tong, dengan kekayaan AS$4.3 bilion (kira-kira RM14.5 bilion), meningkat daripada AS$1.5 bilion (kira-kira RM5 bilion) tahun lalu.Tan Sri Lee Shin Cheng pula di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$3.9 bilion atau kira-kira RM13 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow di tempat kelima (AS$3.5 bilion atau kira-kira RM11.8 bilion) dan Tan Sri Quek Leng Chan di tempat keenam (AS$3 bilion atau kira-kira RM10 bilion).Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan kekayaan bernilai AS$2 bilion atau kira-kira RM6.8 bilion berada di tempat ketujuh; Tan Sri Yeoh Tiong Lay di tempat kelapan (AS$1.8 bilion atau kira-kira RM6 bilion); Tan Sri Tiong Hiew King di tempat kesembilan (AS$1.2 bilion atau RM4.1 bilion) dan Tan Sri William Cheng Heng Jem di tempat ke-10 (AS$650 juta atau kira-kira RM2.2 bilion).Mengikut majalah itu, 10 individu paling kaya Malaysia itu menguasai 80 peratus gabungan nilai kekayaan 40 ahli perniagaan dalam senarai berkenaan.“Ada lapan pendatang baru, kebanyakannya berjaya berikutan tawaran atau keuntungan yang diraih dalam pegangan syarikat awam, baru-baru ini.“Mokhzani menyertai senarai orang paling kaya ini selepas menjadikan syarikat tenaganya, Kencana Petroleum Bhd, syarikat senaraian awam pada Disember lalu,” kata majalah itu.Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-25 dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$228 juta (kira-kira RM778 juta), menjadi wanita kedua dalam senarai berkenaan selepas Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tempat ke-18 dengan AS$320 juta (kira-kira RM1.08 bilion).Mengikut majalah itu, kekayaan yang diraih itu dirangsang oleh pertumbuhan pesat ekonomi, berikutan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan termasuk mengurangkan cukai dan pasaran saham yang kukuh, dengan peningkatan lebih 20 peratus setakat ini.Pasaran saham tempatan juga adalah yang ketiga terbaik prestasinya di Asia tahun ini selepas China dan Vietnam.Dalam terbitan 4 Jun itu, majalah terbabit juga menyiarkan rencana mengenai Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes yang menduduki tempat ke-24 dalam senarai itu dengan kekayaannya yang bernilai AS$230 juta (kira-kira RM785 juta).

Petikan Dari Berita Harian Tarikh 25hb Mei 2007

No comments: